Tuesday 25 December 2018

Contoh-Contoh Peribahasa 2

Image result for peribahasa melayu


  • Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing-suka duka sama-sama ditanggung


  • Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah-susah senang dirasai bersama


  • Bukit sama didaki,lurah sama dituruni-perhubungan yang sangat karib


  • Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh-Kalau bersatu kita kuat,kalau bercerai kita lemah


  • Kacang lupakan kulit-orang yang tidak tahu mengenang budi


  • Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung-hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami


  • Ibarat telur sesangkak,pecah sebiji pecah semua-orang yang bermuafakat akan setia antara satu sama lain


  • Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya-tak akan tercapai jika tidak mahu berusaha


  • Rajin dan usaha tangga kejayaan-rajin dan bersungguh menghasilkan kejayaan


  • Yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang-mendapat keuntungan dari mana-mana sahaja


  • Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit-sabar mengerjakan sesuatu dengan lama berhasil juga


  • Patah tumbuh hilang berganti-terus-menerus ada gantinya


  • Tajam pisau kerana diasah-menjadi pintar


  • Selama hayat dikandung badan-selama hidup


No comments:

Post a Comment